26 July 2016

New Life

Assalammualaikum .

Setelah hampir setahun lebih aku tak jejak ke sini . Hari ini hati aku tergerak untuk ke sini dan bercerita tentang kisah hidup aku yang baru .

Setahun lebih yang penuh dengan suka duka .
Setahun lebih yang memerlukan kekuatan yang banyak dari Yang Esa .

Allah , syukran jazzilan atas segala dugaan dan hikmah yang KAU berikan padaku hari ini .
Harini aku dah bergelar mahasiswi di UNIKL RCMP .


                           
     

                                               

12/6/2016
Tarikh yang menjadi titik permulaan sebuah kehidupan baru untuk aku . Tarikh di mana aku mula
belajar untuk berdikari dan berjauhan dengan keluarga .

Yang berlalu biarkan berlalu . Tujuan aku ke sini untuk bercerita tentang kehidupan baru aku sebagai mahasiswi .

Benarlah kata orang , Universiti semua benda kena buat sendiri . kena pandai uruskan masa dengan bijak . jangan nak homesick je nanti tak ke mana lah kau . Paling PENTING ! EMOSI !!!  Emosi mempengaruhi segala galanya . Dekat sini kena bersabar banyak . hampir semua perkara kau kena sabar . sabar melayan kerenah manusia . sabar melayan perasaan yang rindu kepada keluarga .

Oh sebelum aku terlupa .. Hubungan kita dengan Allah . itu kau kena jaga betul betul sebelum kau jaga hati dan perasaan manusia . kena selalu letakkan DIA yang pertama dalam hidup kau . Nenek , ibu dan ayah aku takpernah berhenti berpesan jangan lupa solat , baca al quran dan sebagainya . hanya DIA dapat melindungi diri kita di mana sekali pun kita berada . hanya DIA dapat membantu kita bila kita ditimpa dugaan .

Aku taksangka Allah bagi aku peluang untuk belajar tentang manusia . aku taksangka Allah bagi aku peluang belajar mandarin .  bahasa  yang aku nak belajar dari tadika . Allah perancanganMU sungguh hebat . Ya , aku bersyukur sangat dan teramat sangat .. aku dapat belajar semua tu .

Sebulan lebih aku jadi student dekat sini .. and yups! setiap hari aku belajar benda baru tentang ragam manusia . for the first time in university .. aku stress . stress dengan persekitaran .  airmata  keluar tapi takbanyak . aku rasa dugaan yang Allah bagi tu berat . tapi bila difikirkan balik aku rasa macam itu baru permulaan ya permulaan sebuah kejayaan . aku mula tenang dan aku yakin ada sebab kenapa Allah uji aku dengan ujian macamtu .

Semoga hari hari akan datang aku akan terus sabar dengan setiap ujian yang diberikan . Amin

till we meet again  . 

21 February 2015

last year birthday

Assalammualaikum

aku ni suka flashback kenangan lepas . eleh siapa taksuka , tu alien aku rasa ( pergh mengancam ayat kau) .

aku nak cerita pasal apa dah jadi dengan birthday aku last year . after 8 years , i got surprise birthday from classmate and Fahmi . plan dorang memang superb laa aku cakap . benda ni still fresh dalam minda aku . mana boleh lupa orang dah buat kita kan .

malam sebelum 17 november .

hows my day ? of course taksabar nak sambut birthday dengan kawan kawan . dapat wish dari dorang dan nak tengok siapa orang paling first wish aku . menanti dengan penuh kesabaran uolls . kebetulan masatu hp aku boleh krik krik je . tak macam selalu . selalu ha amik kau asyik nak ting ting ting je hp tu , taksenyap senyap sampaikan nenek aku pun rimas mendengarnya ( ceh poyo je kau)  . orang first whatsapp aku ibu aku . terharu beb , dalam text ibu tu , dia siap kata "let me be the first person to wish u and bla bla bla " Ya Allah , airmata aku hampir menitik sbb ibu cakap macamtu . then second aku dapat wish dari  Siti Hajar Mardhiha ( kawan aku since darjah 4) . ingatkan dia dah lupa birthday aku rupanyaa masih ingat . Alhamdulillah masih ada lagi kawan lama ingat aku :') . then ketiga dan selanjutnyaa aku takingat siapa hahah .

Yang pasti aku tunggu  birthday wish dari Fahmi , Amira and others smpai pkul 12.30 . Langsung dorang taknak wish aku . kecewa gila . padahal tengah whatsapp , takkan takingat birthday aku kot .  kesian kan aku . Aku decide nak tidur and mungkin esok pagi dekat skolah  kot dorang nak wish .

Bangun pagi
 gosok gigi
 cuci muka
kau sambung sendiri ah lirik dia hahahahaha

Pagi tu  sebelum pergi sekolah tetiba mood aku rasa sedih . terimbau kembali ( bm kau , klass jah!) kenangan sambut birthday dengan arwah atuk dengan nenek . hm rindunyaaa dekat atuk . today (17/11/2014) umur aku dah mencecah 16tahun . atuk dah tinggalkan aku 7tahun .

bila sampai sekolah je zata dengan kapil wish birthday aku . zata sweet , dia bagi aku apple yang warna hijau tu sebagai hadiah . hihihi , Alhamdulillah rezeki Allah bagi . lepastu amira and others boleh buat dek je -.- . aku pun dah macam ahh korang ni kenapa . lupa birthday aku ke :'( . sedihnyaaaa!  budak kelas ekonomi , afifi and the geng tu pun boleh pergi kelas and cakap happy birthday au . classmate sendiri ? hm buat dont know . hancur gila hati aku . Aku decide nak merajuk dengan korang ( macam budak budak) . nak tengok korang perasan ke tak . but hm sama je , then aku fikir mungkin balik nanti korang akan wish birthday aku . biarkan . bila masa rehat , aku taknak turun kelas , aku nak duduk dalam kelas biar korang tahu apa yang aku nak ( gedik kau ni hahahaha) . tetiba niat tu terbantut sbb cikgu halijah paksa aku turun , suruh g makan . aku pun dengan langkah malasnyaa pergilah turun :3 . tetiba mood nak makan aku hilang . dorang sruh aku makan , aku kata taklapar ah . ( merajuk la konon hahaha )

Lepas rehat ..

aku tengok azhar dengan mira ni lain macam , sembang berdua then bila aku datang macam takde pape je . biarlah dorang maybe ada sebab kot , rahsia ke kan ,then masa berlalu dengan pantasnyaa . waktu sekolah pun dah habis . hari aku penuh dengan duka lara :'( . mira kata dia kena stay sebab nak tolong cikgu . aku pun on je la kan sebab aku balik tumpang dia .

aku dah start pelik bila zata , azhar , amir , mira macam kelam kabut . semuanya macam nak tinggalkan aku sorang .
 "insyi , tunggu kejap ya . mira nak g bilik guru " - mira
aku just bagi signal okay . lepastu aku tengok amir dengan azhar macam ada yang tak kena .
"korang nak pergi mana ? kata nak stay ? " - aku
"kitaorang nak pergi solat jap " - azhar
aku pun sambung tengok movie . ntah kenapa tetiba je dorang paksa aku tengok movie aku suka . then aku tengok dengan luqman dalam kelas tu . ( jap , jangan fikir aku berdua je dengan luqman . zata , adriana , imada ada dalam kelas )

hati aku tetap kata ada yang tak kena dengan dorang semua ni . zata dah macam menggelabah , macam nak kluar dari kelas pun ada . asyik mundar mandir je dia  . aku pun tanya ah

"zata nak pergi mana ? insyi nak ikut " - soalan ni je aku tanya dia , risau sangat dia keluar ahahhaa
"zata nak pergi solat jap . " -zata
"oh insyi nak ikut , insyi pun nak solat " - aku
"eh insyi kita tunggu mira balik dari tolong cikgu la , baru kita pergi ." -zata

aku dah pelik , apa benda nak tunggu mira nyaa , nak pergi solat je kot -.- . biarlah . aku pun kembali ke tempat aku ( wuu ayat ) . aku duduk mengadap laptop . tengok cerita annabelle . luqman duduk tepi aku . imad , adriana , zata semua diri dekat dengan aku . (macam taknak bagi aku lari dari tahanan dorang hahah) . then tetiba hp adriana berbunyi . dia siap marah marah lagi and mention nama amira . aku pelik lagi . apahal dia ni marah marah . aku takfikir langsung yang amira liyana yang call dia , aku hanya fikir amira munira kawan dia dekat brp tu je .

then aku pun mainlah hp . whatsapp fahmi . yang fahmi ni pun satu , apahal lah takbalas balas . padahal duduk umah je pun , sebab dia cuti masatu . yang luqman dah marah marah aku sebab whatsapp dia . aku dah pelik , apahal budak ni  -.- . suka hati aku ah , hp aku kan kan .

then aku pun fokus tengok annabelle aku tu . masa tengah focus tu aku terdengar bunyi orang main rekoder lagu happy birthday (aku dah syak tu mesti irfan , junior aku )   and orang nyanyi ramai ramai lagu happy birthday. aku boleh tetiba blur and pusing belakang nampak kaki orang je . then bila aku bangun , fahmi datang dekat aku . dan tetiba airmata aku turun dengan lajunyaaaa oii . aku rasa bahagiaaaaa gila gila . SubhannaALLAH . Alhamdulillah , Allah bagi aku peluang merasa kebahagiaan ini . aku boleh pukul si fahmi tu , marah mira , marah fahmi sbb abaikan aku hahaha . Fahmi bagi magnum gold ( favourite aku ) .

                                                   

 dan dia bacakan satu  per satu apa yang di tulis dalam kertas lukisan .

                                                  

 then i just got present from amira and him ,  cake ? aku ni taksuka makan cake sangat . kalau cake aiskrim tu aku suka ( mahal je nak . nak buat macam mana aku taksuka cake yang macam span uh . span ? alaaaa ada ah kek tu . paaham sendiri ah , malas nak explain . bwek :p )

dorang belanja domino . wuuuuu lain dari lain . bagus bagus . aku suka juga . hahaha . Alhamdulillah barulah aku faham kenapa dengan dorang sepanjang haritu . rupanyaa dah siap plan everything . Amira said dia yang plan dengan fahmi . last minute plan .

semoga bahagia ini bukan seketika . aku sayang korang . terima kasih Fahmi , Amira , Zata , Adriana , Aqilah , Zata , Imad , Amir , Luqman , Irfan and others .

                                                   
                                                                                                                       

                                                            with amira liyana bt zulkarnain

Tamat .
p/s : aku update sebab aku tetiba teringat bukannyaa sebab rindu pada dia .
See you soon .
May Allah bless you , people .

12 September 2014

Cikgu Fatin Aqilah



Assalammualaikum .

aku taktahu kenapa minggu ni . minggu yang banyak aku menangis sebab gembira , sedih . ALLAH adil . sangat adil . DIA bagi aku kebahagian . dalam masa yang sama , DIA juga bagi aku kesedihan . kebahagian tu aku dapat jumpa someone yang dah lama sangat aku takjumpa . hampir 4bulan . Alhamdulillah . gembira sangat sebab Allah kabulkan doa aku . tapii .. d saat aku gembira berjumpa someone . Allah telah rancang satu perpisahan dengan orang yang baru aku kenal tahun ni , orang yang baru aku nak sayang dia sangat sangat . aku taksangka secepat itu Cikgu Fatin datang dalam hidup kitaorang dan secepat itu juga cikgu pergi . dengan mengejut pula tu . ya Allah .

Cikgu ,

selamat hari jadi :') . harini ada dua benda sekali Allah bagi cikgu . Allah panjangkan umur cikgu dan takdir memisahkan kita . Cikgu kena tinggalkan kita semua . Terima kasih sebab buat kitaorang semua faham fizik . seriously , cikgu start je ajar kitaorang fizik . saya yang dulu taksuka fizik , terus suka fizik . saya yang dulu takfaham fizik , bila cikgu ajar , saya faham . terima kasih , cikgu ! thankyou make me understand abt physics . thankyouu for teach us . dalam masa yang singkat , kita dah bina banyak kenangan . Cikgu , takpernah henti untuk bagi kitaorang semangat belajar fizik , takpernah berhenti untuk buat kitaorang suka fizik . takpernah berhenti bagitahu pasal impian cikgu nak kitaorang semua dapat A+ dalam Fizik . kalau Allah izinkan kami semua akan  dapat fizik A . cikgu jangan risau , doakan kejayaan kami :) .  Cikgu dah berjaya buat anak murid cikgu (4 st) ni suka fizik , faham fizik . tapii kita takdapat habiskan topik . hm . cikgu sentiasa semangat nak ajar kitaorang . saya ingat lagi masa first first  cikgu masuk sekolah sierramas . saya nampak cikgu kelam kabut pergi pejabat sebab nak daftarkan diri . then , bila cikgu masuk kelas . cikgu semangat sangat sangat . kitaorang sangatlah risau kalau takfaham or apa . tapi rupanyaa tanggapan kami semua salah . u're the best teacher ever . i love u . cikgu , kitaorang sayang sangat dekat cikgu . kitaorang taktahu macam mana kitaorang nak belajar if cikgu takde . siapa nak bagi kitaorang semangat . semalam bila  cikgu bagi pengemuman yang cikgu last day today . hati sebak tak terkata . laju je airmata mengalir . i cant imagine what will happen to us if u go .   thanks for being our class teacher  & physics teacher . we love you . hanya Allah sahaja dapat membalasnya :). good luck in your life ! see you soon . selamat pergi dan balik :) hati hati dekat sana (Australia) .

dalam kenangan ...


                                      





07 September 2014

Usrah & Badminton Game

Assalammualaikum .

yesterday is the best day ever in my life . ceh speaking pula aku  . kenapa aku kata best sebab .. dapat pergi usrah . dalam hidup aku , aku takpernah pergi usrah . serious . takpernah .   dah lama gila ah aku nak pergi usrah tapi hm . akhirnyaa Allah kabulkan  doa aku untuk merasa pergi usrah . Alhamdulillah   . Usrah with kak waziqah .

Usrah ni dalam bahasa arab maksud dia keluarga  . Usrah ni juga maksud dia perbincangan sesuatu benda . its not abt islamic only . semua benda boleh . best  tak terkata ah .

tajuk usrah tadi : Impian kita vs impian keluarga . why kitaorang pilih tajuk tu ? sebab setengah parents dia suka tetapkan semua benda tentang anak dia . taksalah but benda macamni boleh timbulkan pergaduhan dan perselisihan faham dalam sesebuah keluarga . wahh bm aku . parents ni kita betul betul kena jaga perasaan dia dan sebagainyaa . impian kita ? yes siapa taknak kejar cita cita dan capai apa yang d impikan . kadang kadang kita  tak kisah or terlalu ikutkan perasaan kita untuk kejar cita cita yang diimpikan . dan kita juga sanggup abaikan perasaan or impian parents kita . kenapa perlu buat macamtu ? Parents tu kan segala galanyaa dalam hidup ni . why not kita ikut cakap mereka . tapi kita juga takboleh stress kan diri kita . if kita stress tak kemana lah . gagal pun dalam spm kita still boleh berjaya . siapa kata takboleh berjaya ? ramai lah orang yang failed spm boleh berjaya tu semua  . tapi siapa nak kegagalan tu . semua nak kejayaan kan . rezeki masing masing lain . Allah akan bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita nak . Niat tu penting . buat kerana Allah . belajar kerana Allah . inshaAllah boleh berjaya :) . so kalau gagal dalam spm or apaa pun jangan pernah mengalah . Dalam islam juga ada cakap orang yang berjaya tu ialah orang yang khusyuk dalam solat dan sebagainyaa . takdir boleh d ubah dengan usaha dan doa yang berpanjangan . usaha . lambat laun Allah pasti akan kabulkan . InshaAllah  . Jangan pernah kita fikir jalan penyelesaian tentang mana satu kita nak pilih antara impian kita ke impian family . Allah yang tentukan segala galanya . Kalau seseorang tu amik aliran sains . taksemestinya dia akan bekerja dalam aliran sains . ada je orang yang aliran sains bekerja dalam aliran akaun . Allah yang tentukan . belajar je bersungguh sungguh . jika kita selalu down bila dapat result down ingat satu benda . Kalau Nabi Muhammad s.a.w tak berusaha ISLAM takkan berkembang sampai sekarang . jangan putus asa , Allah taksuka dengan hambanya yang cepat putus asa dan sebagainya . dari sekolah lah kita kena belajar bersungguh sungguh , dekat sekolah je cikgu caring pasal pelajaran , kehadiran dan semua benda . dekat U nanti ? takdenya dia nak kesah dengan kehidupan kita  . kesimpulannya jangan pernah putus asa dan takperlu fikir tentang nak pilih antara impian kita ke impian family sebab Allah yang tentukan segala galanya .  itu sahaja :)

lepas usrah , we have tournament . pergh tournament wuuu . takde maknanyaa tournament eh . just bersukan sikit ah . masa untuk main badminton . memang happening habis ah . idk what to say . ada yang beregu lah apa lah . haha . aku camerawoman je :( . haha ada lah juga main dengan wanie , mira . then lepas main tu semua g la solat and pergi makan bincang pasal poa ( plan of action) pula . memang happening habis ah .

here :











05 September 2014

berkawan biar ikhlas

Assalammualaikum

dalam hidup ni kita banyak kawan . banyak sangat sampai tak terkira . mula mula lahir , kawan kita adik beradik kita , ibu bapa kita , sedara mara dan sebagainyaa . bila dah besar , dah sekolah , dah kerja  makin ramai kawan kita kenal . macam macam bangsa kan . macam macam perangai yang kita dapat tengok . tapi adakah kita tahu dorang tu ikhlas kawan dengan kita ? adakah kita tahu dia jujur kawan dengan kita ? kita taktahu kan . rambut sama hitam hati lain lain :) .

kalau kita nak tahu dia ikhlas ke tak , kita tengok dia ada ke tak bila kita susah ? or dia ada bila kita senang je . think about that  :) . sometimes they need us when they feel lonely . kawan yang baik dia akan berada bersama kita bila susah atau senang . diaa akan ingatkan kita untuk bersujud kepada Allah , dia akan nasihatkan kita bila kita buat salah . tegur kita bila kita buat salah . tolong kita bila kita susah . hargailah dia  :) .
sometimes dorang ni bersikap pilih kasih . terlalu pilih kasih . nak kawan dengan yang pandai je , nak yang lawa je , hensem je , nak yang hot je . weh nak pergi mana pilih pilih uh ? tak ke mana pun lah . berkawan biar ikhlas ,. jangan kawan sebab paras rupa dan sebagainyaa . haih . satu malaysia weh . mana nak tahu nanti bila kau susah kawan yang kau taksuka  tu  tolong kau . haa kan terkejut .

semuanya sama je . cukup kekurangan dan kebolehan yang Allah bagi . jangan cari yang perfect . aku paling anti gila bila ada orang yang elok elok dah kawan tiba tiba takbertegur sebab orang tu ada gf/bf . weh ikhlas ke tak kau berkawan ? tak en ? jangan macamtu . eratkan hubungan silaturrahim anda ya . kalau dah tahu orang tu ada gf ke bf ke jangan melebih . thats all . taksusah pun kan .

Be matured . apa pun yang kita buat dalam dunia ni mesti ada niat kerana Allah .


28 August 2014

Eid Mubarak

Assalammualaikum .

wahai rakyat beta sekalian , pergh beta beb . sejak bila aku dapat gelaran "BETA" . ish ish . abaikan punchline takjadi aku tuu . huh . aku tahu raya dah habis , takpayahlah kecoh kecoh kann . aritu aku takdapat nak update entry blog aku ni . so , now aku nak update cerita psal raya aku . before aku teruskan cerita aku .

 SELAMAT HARI RAYA , AWAK :) . Maafkan segala salah silap saya selama kita berkenalan dan selama saya menulis di blog ini . 

cerita aku di hari raya 2014 ... haa jeng jeng , takde ah seronok mana macam raya korang . but Alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ni . tahun ni macam biasa aku akan balik kampung belah ayah aku  . dekat mana ? eh sabarlah , ish . sabarkan separuh daripada iman ! dekat Perak je . dekat je punnn . aku balik Perak sehari sebelum hari raya menjelang tiba . Tahun ni raya hm agak sedih . bukan agak tapi memang kenyataan . haa .. sebab atuk (belah ayah) telahpun meninggalkan kami . Allah lebih sayangkan dia :) . suatu hari kita pun akan meninggalkan bumi yang penuh dengan fantasi ini . wahh kata kata aku . okay okay sambung ...aritu hari last puasa kan ? so dengan kesempatan yang ada , aku dengan ibu ayah suhana qilah  (semua aku nak mention , padahal boleh je cakap family )  pergilah bazaar ramadhan dekat area kampung aku tuu . banyak juga juadah yang d jual . selalunyaa dah kurang kan ? mungkin peniaga tu bersemangat kot . biarlah dia cari rezeki , kau susah kenapa ? -.- . macam macam benda aku rasa nak beli . paling aku takboleh tahan uh tengok roti john . pergh kau macam sedap je time uh  maklumlah puasa , tengok apaa je semua nak . tak gitu  ? hahaha . sayangnyaa , aku takdapat beli sebab ramai sangat orang dan masa dah suntuk gilaa . dengan perasaan kecewa aku pun berundur diri dan balik :( . hm takde rezeki weh nak merasa roti john uh . memang kecewa tahap infinity ah . sampai rumah get ready untuk berbuka ....

Alhamdulillah selesai sudah kita menjalani ibadah puasa d bulan Ramadhan tahun 2014 :) . Malam tuu get ready gosok baju semua . takut nanti pagi berebut plug / iron  nak gosok baju . so better prepare awal awal en :) .  malam raya tuu semua orang taktenang especially lelaki  sebab nak main mercun kannnn. berdentum dentum mercun . Menggangu ketentangan tok imam nak takbir raya betul :3  . aku nak tengok tv pun taksenang . bising gila . berlawan lawan bunyi dia  -.- .

tibalah hari yang ditunggu -tunggu oleh umat Islam menyambutnyaa selepas kita berpuasa . Syawal . Pagi tuu macam biasa ah siap siap , yang lelaki pergi masjid solat Hari Raya Aidilfitri . yang perempuan siap siap dekat rumah lepastu tolong mak dekat dapur kann . tolong ke ? -.- . eh aku tolong okay . kau takpercaya g tanya ibu aku ah . huh . lepas semua balik dari solat Hari Raya  , makan makan , then sesi minta maaf antara satu sama lain :)  .  then wuuu kutip duit raya ah dari makcik pakcik , pakngah , makngah , paklong , maklong dan sebagainyaaa ~ aku fikirkan budak kecik dapat banyak but zaman dah berubah . budak yang dah masuk U DAPAT BANYAK  :3 . budak sekolah menengah hm sikit sikit je laa . pe benda ni , takadil ohh . sabar je lah . tunggu ah aku habis sekolah nanti , memang menadah je minta . hahaha teruknyaaa perangai :3 . takde maknanyaa laaa aku nak buat macamtu . bersyukur lah dengan apaa yang ada . ada orang nak bagi pun Alhamdulillah tahu tak . Raya first semua sibuk nak amik gambar sama sama laaa apaaa laa tapii situasi tu berbeza dengan aku . langsung takde gap nak amik gambar bersama sebab ramai sangat orang datang huu . maklumlah raya pertama . kunjug berkunjungan kannn . aiyoo maa paa . pe benda india pulak -.- . 1 Malaysia weh . kau ni punn . sibuk dekat dapur je aku . Anak dara mesti ah duduk dapur . kan kan kan ? kang duduk depan orang kata pemalas pulaa , tapi dah duduk dapur tuu kena ah tolong . tolong ikhlas bukan sebab terpaksa or what . okay ? good .  masa berganti masa , raya pertama telahpun melabuhkan tirainyaa . Raya pertama busy gilaa woo . have fun juga laa

Raya kedua balik rumah belah ibu .  pergh first time raya tahun ni semua adik beradik ibu berkumpul sekali . lengkap  cicit ,  cucu cucu , anak anak , cumaaa ... hm Atuk je takde :') . kalau dia ada confirm lagi meriah . hm yang pergi tetap pergi . kan ? yang hidup kena teruskan hidup . tahun ni meriah jugalah . daapt berkumpul sama sama , pergi rumah sedara raya sama sama . wahhh  gembira sangat . Alhamdulillah . there are a lot of memories that we created together . Syukran jazillan , Ya Allah . alhamdulillah atas nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami sekeluarga  . Amin Ya Rabb .

Aku rasa dah terlalu panjang cerita aku . nanti termuntah pula nak baca , kann :3 . aku akhirkan entri kali ini dengan satu gambar family aku yang aku dapat tangkap even  aku terpaksa collage kan dia . Aishiteru , Family .


muka abang aku takready lagi tuuu . kesian diaa . ish ish . Haahahahaha . bye ! 

29 June 2014

first day of ramadhan

Assalammualaikum .

macam mana puasa korang ? okay ? semuanyaa dah tentu okayy , right ? panas tu biasalah dugaan buat kita semua . ada negeri , tempatnyaa hujan dan kering kontang . bersyukurlah kita . sudah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini . dalam alquran juga ada tertulis :

"wahai orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu , agar kamu bertakwa" - Al-Baqarah : 183


Bulan Ramadhan ialan bulan yang mulia buat umat islam sekalian . Bulan d mana kita dapat mengumpul pahala berlipat ganda dari sebelum ni . Bulan ini juga berlakunya penurunan Al-Quran sebagai petujuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan antara yang hak dan batil .

Semoga bulan yang penuh dengan kemuliaan ini kita dapat menjalaninyaa dengan tabah dan sabar dengan segala dugaan yang diberikan kepada kita kelak :) . Aminn :)

................................................................................................................................................

haa bulan ramadhan ni dugaan punyalah banyak . dengan iklan biskut raya dekat tv laaa , adik adik minum depan kita laa kann . bila nampak dorang tayang tu haa rasa nak bagi pecah je tv uh . eh eh kauu senang senang je nak pecahkan tv , mak ayah kau punya susah kumpul duit nak belikan tv untuk kau , yang kau senang senang nak pecah . inagt 2 RM1 ke tv uh ? Zaman dulu ye ah murah . sekarang ni mahal . ber-inci inci pulak uh . nipis tebal semua ada . haih canggih betul teknologi sekarang . eh dah dah laa tu cik nadia oii . membebel je kau ni . kalau adik adik kita minum dan makan depan kita tu ee ya Allah geramnyaa lah . apatah lagi dia menayang nayang . haih sabar je lah . nasib baik adik en ? kalau bukan ntah apa jadi budak tu . hahaha . bukan tv dengan adik adik je buat kerja tu . twitter pun sama . food porn . haiyaaaa , ramai bebenor nak retweet dengan favourite nyaa . sabarlah wahai saudara dan saudari . tu semua dugaan buat kita . lagipun puasa tahun ni 29hari sahaja . now lagi 28 hari . sekejap je tu . dont always counting a days . when u always counts it will be very slow . apaaa aku merepek ni . arghhhh! tingkatkan bi ada , tolonglah faham ! maksud aku tu , jangan selalu sangat mengira hari sebab nanti bila korang korang kira hari , korang akan rasa lambat gilaa nak raya . like that . takpercaya ? cuba ah . taksalah kita nak kira hari :) . just aku bagi tips sape yang terasa lama gilaa nak raya uh .

Siapa taknak raya oiii , semua orang nak . duit rayaa yang utamanyaa . hahaha , kuih raya , baju rayaaaa . semuaa benda ahhh ! bestnyaaaaa . err , rilek rileks baru first day ramadhan :3 . dah fikir rayaa . haiyaa . perbanyakkan amalan sunat d bulan yang penuh barakah ini . always be positive . baca alquran ! tutup aurat kita bagi yang perempuan  :) .

"setitik peluh wanita jatuh kerana menjaga auratnyaa , itu di kira pahala."  SubhannAllah :). Allahuakhbar

semoga amalan kita d bulan puasa ini diterima oleh-NYA . Amin Ya Rabb :)

27 June 2014

full of tired and sadness

Assalammualaikum

Minggu ni aku takbanyak datang sekolah . isnin aku takdatang sebab kaki aku sakit , suara takde . aku pun pelik , benda aku tak masuk pun lari  tapi kaki aku sakit macam orang lari beribu beribu kilometer pulak . eceh . then , selasa aku datang , selasa tu dorang kata ada jamuan kasawari dengan belatuk . pergh memang best ah . makan kfc wuu . padahal isnin malam selaasa tu aku dah makan kfc dah dengan family :3 . its okay lah kann .

 aku taktahu kenapa pagi selasa tu aku rasa malas gila nak sekolah but aku kena g , isnin dah ah takdatang . takkan taknak datang lagi . haih . dengan malasnya aku pergi ah . belajar macam biasa . petang tu aku , mira , qilah , wanie , azhar , hazim cadang nak stay nak buat fizik . i mean preparation for presentation fizik . then lepas pergi jamuan rumah sukan , kitaorang plan nak beli domino wuu . tapi alangkah sayangnyaa aku takdapat join . aku terpaksa balik .

masa aku tengah sedap sedap kupas kacang cap tangan untuk d makan , afifi panggil aku . dia kata bob (sepupu) ajak balik . terkejut jugak aku , asal pulak dia ni ajak balik . aku dah bagitahu nenek dengan ibu yang aku balik petang . aku pun tanya ah afifi , kenapa pulak . afifi kata atok kau meninggal . haaaa !? terkejut aku bilaa dengar afifi cakap macamtu . malas mlas langkah aku pergi tanya bob tu . ceh ayat . then , airmata aku mengalir tanpaku sedari . pergh bm kauu . A+ . Ya Allah . now i dont have grandpa :') . arwah atuk belah ayah dah lama . bukan happy tapi alhamdulillah sakit yang dia hadapi dah takde . tidak mampu untuk kami semua melihat dia derita lagi . ada hikmahnya kenapa Allah itu lebih sayangkan Atuk . atuk pergi tinggalkan semua orang lepas azan zohor berkumandang . umur dia 101 . Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya :') . lepastu , pergi amik suhana , then balik rumah and siap siap untuk balik kampung . sampai je kampung , kitaorang tak terus pergi rumah . sebab  pakwan kata atuk dah nak d kebumikan lepas solat asar . memang kitaorang tepat tepat smpai atuk dah naik van nak pergi kebumikan . ya Allah sebak aku tengok ayah . kitaorang  dah laa jarang gilaa balik atas sebab tertentu .now atuk dah takde . cepat betul perkebumian atuk d jalankan . taksempat anak anak nya yang lain sampai . Yang pergi takkan kembali , yang hidup kena teruskan . ini semua dugaan dari Allah s.w.t . kita kena redha dengan  pemergiannya . Alfatihah .


Aku balik kampung 2hari 1malam je . esoknya balik . sebab kitaorang sekolah , ya Allah , bila pergi sekolah hari khamis uh . badmood berpanjangan aku . sebab penat gila gila . takpernah aku rasa macamtu . diam je aku dekat kelas . tak happy macam selalu . hm , then lama lama baru aku bercakap sikit sikit . minggu yang penuh dengan dugaan . tabahkanlah hati aku untuk mengharungi semua ini , ya Allah . teringat pula kata kata opah . opah balik kampung sekejap nak tengok rumah dia , then dia balik rumah makcik aku , time tu dia kata dekat semua anak anak dan cucu dia  " ayah kamu taknak balik , dia nak duduk selamanyaa dekat situ" menitik air mata opah . sedihnyaaa aku dengar . hm . thats all .

Hari Sukan (21/6)


Assalammualaikum

hari sukan sekolah aku dah lama lepas dah . now aku nak flashback and cerita dekat korang . ada ke orang nak baca . perasan je kau ni . dah seminggu hari sukan sekolah aku berlalu , sukan tahun ni aku ingat takbest sebab opening dia pergh senyap sunyi macam lalu tepi kubur .

aku , qilah dengan mira masuk perbarisan . wanie pun masuk . wanie bawak bendera kejohanan . aku perbarisan rumah kasawari a.k.a kuning . qilah dengan mira rumah belatuk a.k.a biru . unik kann  nama rumah sukan kitaorang . cehh . sukan tahun ni perbarisan dia bukan kawad je . tapi kena buat perbarisann weh oiii . gilaa dia bagi masa 3 hari . nak buat persembahan lagi , nak berlatih kawad lagi , nak fikir pasal custom baju lagi . gila banyak benda nak fikir and buat orang pening je ah . dah ah persembahan uh 4minit . 4minit doo , gilaa apaa . atlast cukup juga ah masa tu nak siapkan semuanyaa . Alhamdulillah . yang aku dah laa datang latihan bape kali je . then lepas semua rumah sukan buat persembahan , perbarisan tu semua mulalah acara balapan . oh lupa pulak , tema custom perbarisan rumah sukan tahun ni kereta . merak a.k.a merah buat kereta mini copper , helang a.k.a helang buat kereta hilux taksilap aku . belatuk pulak bmw wuu . and last , kasawari . kitaorang buat kereta kebal . ala ala tentera askar gituu . haha , ahli ahli kasawari tu semuaa cat muka . bagi muka siapa yang tahan boleh ala cat . aku cat mukaa ! rare gilaa muka aku oii . nak tengok ? wait wait ... i will find for you .


                                                




rare gila en muka aku . sampai wanie cakap dengan aku " ni bukan kawan aku ni , lain betul muka kau" hahaha . then , lepas perbarisan uh kelam kabut aku pergi tandas . nak cuci muka sebab muka dah start gatal gatal . cuci cuci  , yang kuning je boleh hilang . yang hitam uh mak aii susah gila . gosok gosok pun jadi hitam habis satu muka . semua gelak . lastly , boleh bersih d sebabkan aku pakai pencuci muka . pinjam dekat akak form5 . selamat dia bawak der , kalau tak jadi orang minyak ah aku seharian uh . then lepas uh pergi tengok acara balapan . semua jerit bagi skongan dekat rumah masing masing . ahh peluang depan mata kot . aku gunakan sebaik baik mungkin peluang untuk jerit . memang aku jerit sehabis boleh , sampai terasa anak tekak aku nak tercabut , kau tahu :3 . suara aku jadi garau macam lelaki . ahh tak kesah semua uh . yang pasti aku enjoy habis time sukan uh . besttt gilaa . best tu d sebabkan lagu lagu yang dj tu pasang yoo .

lepastu persembahan dari kelab senamrobik . time ni memang happening gilaa weh ! . mula mula aku , wanie , mira je yang menari . then lama lama ramai gilaa join. aku rasa time uh  boleh tubuhkan satu lagi kelab wuu . haha . lagu dia pergh rancak rancak beb . memang best ah . semua sporting . tak kira usia tua dan muda . cehh ayat . hahaha . aku rasa dah terlalu panjang kot aku bercerita ni . apaa apaa pun sukan tahun ni memang best . syafiqah datang . wahh complete kawan kawan aku . moment paling best time hari sukan tahun ni senamrobik tu . idk how to story with you all . sport's day last second year aku d sekolah ni , and join sukan . next year dah jadi last year aku join sukan smk sierramas . haha aku sumbang masuk perbarisan je pun . takde ah sampai semua acara aku masuk . malas aku nak masuk semua uh . dorang ada juga ajak aku masuk acara balapan , taknak aku masuk sebab nanti kalah aku akan salahkan diri aku buat selamanyaa . lagipun aku kalau lari bukan pecut tapi berterusan aku boleh macam merentas desa uh .  this our photo when we gila gila dengan monopod . maklum lah semua nak selfie . hashtag selfie selamanyaaaaa
                               


                                    


kapil menyibuk je . semua gambar aku dengan mira , qilah , wanie , syafiqah . kapil uh nak masuk . eeee geram gilaaaa oii

16 June 2014

first day school sem 2

Assalammualaikum

2minggu telah berlalu dengan begitu pantasnya , now sekolah telah buka seperti biasa . wahh ayat , takboleh gramatis lagi ka ? hahaha . 2minggu yang aku nikmatinyaa begitu bosan :3 , sedih , gembira lagi taktahu . dalam 2minggu tu macam macam berlaku . first time keluar dengan dia , dia drive amik aku. wahhhhh kauu best gilaa beb! then , dia dapat masuk U . hm jauh pulak tu . then , kebosanan dan terus kebosanan menunggu sekolah bukak dan menunggu result saps yang entah bila akan keluar :3 . dalam menunggu tu taksangka masa cepat berlalu and now back to school , guyss .

first day school sem 2

macam biasa pengetua akan cakap "selamat kembali ke sekolah and bla bla bla " aku pun dah takingat apa yang dia berucap dekat depan time perhimpunan pagi tadi , tadi ada perasmian minggu teknik dan vokasional . ada lah pertunjukan masak Tom Yam Sierramas . apaa ke pelik ada nama Sierramas di situ . haa mybe sebab pengetua yang buat . idk . yang peliknya pengetua sendiri cakap dalam kelas aku tadi (dia masuk untuk ajar math)  masak tomyam tak letak garam lagi apaa ntah . like bahan takcukup ah . semuaa budak budak yang hidu bau tomyam tu terliur tak termasuk aku . sorry aku tak makan tom yam . ntah kenapaa aku taksuka tomyam :3 . and paling teruk aku baru tahu yang maksud tomyam tu asam pedas :3 . ketinggalan zaman gilaa ah aku ni :3 .ke  aku sorang je  baru tahu pasal maksud tomyam  or korang pun baru tahu ?  haha apaa apaa lah , asalkan kita dah tahu and senyap senyap sudah .

then masuk kelas , semua orang rasa takut , risau dengan result . pergh dah ah first sekali biologi . haa amik kau . perasaan aku ? aku risau , takut jugak . tapi aku dah tahu dah result bio aku and aku dah dapat agak dah apaa yang aku dapat . so redha je . lepas dapat result bio . haaa betul tekaaan aku .. but atleast ada peningkatan okay ! not down je . Alhamdulillah , bersyukur kepada pemberian Allah :) . cikgu bio kata kepada yang failed tu cikgu nak jumpa ibu bapa . mak aii , terkejut aku dengan wanie and mira . mana taknya tiba tiba cikgu cakap macamtu . rupanyaa cikgu nak terangkan dekat  ibu bapa kenapa result teruk sampai failed macamtu .  ye ah , eksperimen tak pernah buat langsung . tiba tiba nak jawab soalan eksperimen yang kita takpernah buat . agak agaknya macam mana eh ? tercengang , blank , stuck semuaaa adaaaa . takpe ah past is past . baru nak kenal dan berjinak jinak dengan soalan kann . first exam yang ikut format spm . baru paham cara soalan or contoh soalan spm :3 . then kimia , hahaha ntah ah . bersyukur je mampu .  next exam , i will try my best . in sha Allah :) . bm pulak yang karangan punyaa berpanjang panjangan tu aku buat sampai sakit tangan aku ,aku dapat B+ . okay juga :) . dah usaha semampu yang boleh . itu je aku mampu dapat setakat ni . aku nak mula dari bawah , then up sikit sikit . lama lama haaa terkejut semua orang . aku nak macamtu . tapi hm usaha kureng deh :3 .

................................................................................................................................................

aku selalu fikir , kalau result aku macamni boleh ke aku kejar cita cita aku nak jadi seorang Doktor Pakar Kanak Kanak :( . boleh ke result spm aku terbaik dan semuanyaa . hm ye ah malas nak usaha en . but aku takboleh berfikiran macamtu , be positive and kena teruskan usaha aku if aku nak dpaat semua tu . setahun lebih je lagi aku sekolah then dah habisss . wahh rasa sekejap gilaa . rasa macam semalam je aku baru masuk sekolah , beli barang barang sekolah .now dah form 4 . kejapnyaa . macam macam dah berlaku . sedih pulak aku rasa . aku akan rindu semuaa tu :( . rindu nak dengar pengetua bebel dekat perhimpunan , rindu nak marah budak . ahhaha pergh jahat gilaaa . rindu semuaaa ah . hm dalam setahun lebih ni juga kena berusaha keras untuk masa depan yang cerah . wahh ayat . haha , hope masa depan kita bersama akan menjadi cerah dan kita dapat capai apaa yang kita nak capai dalam hidup kita . Aminn .

11 June 2014

Impiann ..

Assalammualaikum ..


aku tahu dekat luar sana ramai yang ada impian . masing masing nak impian dorang tu tercapai . tapi apakan daya , kita manusia biasa yang hanya mampu merancang , Allah yang menentukan segala galanyaa :) .


Aku juga ada impian . impian aku tu besar juga dan belambak . Hahaha . aku ni suka berangan . dalam kelas time cikgu mengajar pun aku suka berangan . pergh , kantoi sudah . tapi masuk juga ah apa yang cikgu ajar tu :) . Impian aku tu aku nak jadi doktor . dulu aku punyalah taknak jadi doktor ni , ye ah one big family belah ibu aku tu semua kerja hospital . boleh bukak hospital kata kau . haha .  ntah kenapa sekarang aku jadi minat nak menceburi bidang tu . mybe best , i dont know . kalau aku dapat jadi doktor , aku nak jadi doktor pediatrician or doktor pakar kanak kanak . aku suka main dengan budak budak especially baby . pergh comel comel . aku taksuka jadi doktor bedah sebab kena bedah orang . aku paling lemah but bedah ni . dari nak bedah benda lain kang  benda lain juga aku bedah . huu , taknak taknak . baik amik yang kanak kanak . tapi lama juga aku kena belajar . nak jadi pakar kena amik master . lebih kurang 10tahun aku kena belajar . fuhhh , bila nak kahwin :3 . ehh ? ish ish . teringat pulak kata kata nenek " jangan belajar lama lama sangat , nanti bila graduate dah tua , takde orang nak . kahwin laa time tengah study pun" time tu kalau boleh aku nak gelak kuat kuat , HAHAHAHAHAHA  .macam dapat greenlight pulak xp .


haha cakap pasal kahwin . hm zaman sekarang ramai kahwin time usia muda like 19,20 macamtu . bagus juga kahwin awal . banyak faedah nyaa :) . untung dorang yang dah kahwin awal tu :) . aku suka pendapat aliah , not pendapat lah but impian dia . dia nak kahwin dan ada anak sebelum dia graduate . dia nak suami dan anak dia ada time hari konvokesyen dia . wow , amazing , right ?  :) . bestnyaa . if laa aku ada peluang macamtu kan best :)  . semua yang aku sayang ada time konvo aku . jdooh tu di tangan Allah :) . kalau aku kahwin dengan fahmi , dia nak kahwin tarikh 22/2/2022 . semua dua , amik kau . haha . sebab tarikh 22/2 tu tarikh kitaorang kenal . if impian kitaorang tercapai nak kahwin time tu , wow genap 10tahun perkenalan kitaorang :') . kalau aku kaya ~ hari hari hari raya ~ aku nak sangat buat tema perkahwinan aku tu ala ala garden  gitu . ada brides maid . warna tu aku taksure lagi . dream for a while ..  hm bestnyaaa . but buat apaa nak membazir duit dengan semua tu . ada setengah cakap tak membazir sebabtu perkahwinan kita , sekali seumur hidup . taktahulah :) . lambat lagi aku nak kahwin :3 . i have to study first . work then baru kahwin :) . Semoga dia jodohku , ya Allah :') .

Aku teringin nak jadi tetamu-NYA . aku teringin nak jejakkan kaki aku d Mekah Al-Mukarramah . ya Allah , beruntungnya kepada sesiapa yang dah menjadi tetamu MU . aku teramatlah cemburu kepada mereka .aku percaya satu hari nanti Engkau pasti akan mengizinkan aku untuk mengunjungi rumahMU yang indah itu :') . if aku dapat pergi , aku nak pergi dengan nenek , ibu , ayah dan suami aku :') . nenek pernah cakap dekat aku "kalau nak pergi mekkah , pergilah dengan suami . harini kenduri kahwin semua , esok pagi gerak pergi Mekah " ya Allah seronoknyaa kalau macamtu . kalau mulut nenek masin, Alhamdulillah . aku lah orang yang paling bahagia dan bersyukur tak terhingga kepadaMU , Ya Allah :')

hope apa yang aku angan angan kan , apaa yang aku impikan akan jadi kenyataan satu hari nanti :) . Aminn :) . 

06 June 2014

Perkenalan yang singkat membawa keindahan

Assalammualaikum .

aku ni banyak betul nak d terobek nyaa . maklumlah cuti sekolah ni tak buat apaa then aku selalu terobek kisah lalu . macam best pulak throwback throwback ni . bila throwback boleh buat orang gelak sorang sorang sebab teringat apaa yang dah terjadi dengan diri dorang masa kisah silam . semua orang ada kisah silam masing masing . macamtu juga aku . kisah aku ni takde ah seronok mana pun . aku just nak cerita apaa yang jadi pada tahun 2012 tu .


tahun tu tahun first aku di sekolah sierramas . sekolah tu pun baru buka tahun tu . so aku batch pertama yang masuk sekolah tu . time tu takbanyak form yang ada . form 1,2,4 je . Nak jadikan cerita aku kenal dengan "someone" ni secara kebetulan . aku kenal dia dekat bilik guru . hahaha bilik guru tau . aku nak ambil buku cikgu mazhan a.k.a cikgu bi . aku dah lama kenal kawan "dia" tu . aku kenal pun sebab kawan dia tu pengawas mcam aku .  aku dengan sengaja tegurlah kawan "dia" tu or nama kawan "dia" tu ridzuan . gatal na tegur lelaki . haiyaa .

"hei , brother yang selalu bagi alasan taknak bertugas " - aku
"hehe , hi "  - ridzuan
 " ehh brother ni je tegur , brother ni taknak tegur ? " - si dia sudah bersuara . haha

pergh , alangkah terkejutnya aku bila dia bersuara . aku dengan tanpa segan silu . terus menjawab .

"em  haha , brother fahmi right ? "  - aku . *time ni name tag takde lagi .
"ehh , mana tahu ni ? " - si dia . alangkah terkejut nyaa dia . hahaha
"ada lah , okaylah got to go . bye ! " - aku
"hahaha , bye! " - them

haha lepastu aku takrasa apaa pun ,  nak kenal tu normal ah . handsome kott . haha  . aku tahu nama dia sebab facebook . aku pelik juga mcam mana ah punya ramai orang dekat facebook tu , aku boleh ingat nama dia :3 . hahaha . perkenalan yang hanya beberapa minit itu membawa seribu makna dan keindahan dalam diri aku :) . malam tu , aku online ah facebook . biasa ah budak budak en . ceh . aku pun dengan selamba check ah orang yang online . then nampak si dia online. pergh pergh . haha tanpa rasa malu ,  aku terus rasa nak kenal dia . haih , nak kenal macamtu macamtu je . err tak terniat pun nak kenal lebih dari seorang kawan . no no no .risau kalau dah berpunya , aku yang kena serang dengan bom atom . innalillah lah aku . then tegurlah , chatting semua .Rupanyaa dia tu Ketua Pengawas PSS . gilaa kauu :o , terkejut aku . taksangka semua tu terjadi .

kitaorang pun jadi rapat . rapat mcam orang berkawan laa . then , semua start ber- "gosip" aku dengan dia couple . padahal mana ada  :3 . ada yang cakap adik angkat abang angkat . ya Allah langsung tak okay ! kitaorang kawan . taksangka hari semakin hari , bulan berganti bulan , kitaorang semakin rapat . lama lama kitaorang get coupled . not married . pe dah kau ni , haih .

dia or fahmi , seorang yang baik , handsome , pandai , dan banyak ah  . aku bersyukur sebab dapat kenal dengan dia . perkenalan aku dengan dia buat aku makin rapat dengan Allah . dia cuba untuk ubah aku menjadi perempuan yang jaga aurat , taat perintah Allah . banyak sangat dia bersabar dengan aku dalam mengubah diri yang alpa dengan agama . Ya Allah , aku tidak tahu bagaimana patut aku mengucapkan terima kasih tak terhingga kepadaMU . kehadirannya sungguh bermakna buat diriku :') . Alhamdulillah . now we're still together . 2 years 4months bape days takingat . haha . semoga dia jodohku yang telah tertulis d Luth Mahfuz . Amin :')

05 June 2014

kalau masa tu boleh patah balik ..

Assalammualaikum


kalau ah masa boleh patah balik kan best :') . aku nak sangat masa tu boleh patah balik . senang je kau cakap nak masa tu boleh patah balik kan . haih . Aku nak bahagiakan semua orang yang aku sayang , aku nak ada dengan dorang setiap masa .

kalau ah masa tu boleh patah balik ..
Aku nak semua orang ada d sisi aku setiap masa . aku nak yang pergi tinggalkan aku tu , datang balik kepada aku dan stay with me . i want him back . back . back . yaa , orang aku gelarkan  "him" tu atok . atok yang dah lama tinggalkan aku . dah 7 tahun lebih  :') . ya Allah aku terlalu rindukan dia . Al-Fatihah . Terlampau banyak kenangan aku bersama dia :') . Arwah dengan nenek telah menjaga aku sejak aku lahir lagi . kenapa tak ibu yang jaga  ?  sebab aku asyik sakit je , contoh : demam semua tu dekat rumah pengasuh . then ibu takboleh amik cuti lama lama . nanti kena pecat kau nak ke bayar gaji mak aku ? then ibu decide nak hantar aku balik kampung  and duduk dengan nenek dan atuk . sejak tu ah aku duduk dengan dorang :') .  Apaa aku nak aku dapat .  yang aku nak tu . mainan , teddy bear , gula gula . alah biasa ah budak budak kata kau  . kalau aku takdapat , aku menangis . normal life untuk kanak kanak . aku d manjakan BUKAN DENGAN  DUIT ! aku tekan kan di sini BUKAN DENGAN DUIT ! tapi dengan kasih sayang . aku bersyukur . Alhamdulillah :') . aku rindu kan semua tu . rindu nak kena peluk , cium dengan atuk :') . Atuk dan nenek orang yang baik sangat , penuh kasih sayang . hidup aku penuh dengan kasih sayang , gelak tawa .  dalam hidup aku , hanya sekali je aku dapat  buat majlis hari jadi aku . pergh , ayat mengalahkan cikgu bm d Malaysia . time tu umur aku 8tahun . gembira tak terkata lah kan . sape taknak orang datang bawa hadiah . belambak pulak uh . hahaha . aku taksangka time tu jadi masa yang pertama dan terakhir aku untuk sambut birthday dengan Atuk dan buat majlis hari jadi :') . masa berlalu dengan cepat . aku pun dah darjah 3 . aku fikirkan aku akan dapat buat majlis tu lagi untuk tahun tu  . belum tiba masa umur aku cukup 9tahun , atuk dah tinggalkan aku buat selama lamanyaa :')  . pkul 11.45 pagi , hari ke-7 raya atuk pergi tinggalkan aku dengan family . Allah  lebih sayangkan Atuk :') . Atuk meninggal sebab sakit kencing manis dengan darah tinggi   . Time tu aku takfikir apaa . aku seolah olah orang bodoh . taktahu apaa yang jadi . aku rasa aku nak lari dari hadapi situasi tu . bila fikir balik , siapa aku nak salahkan takdir  . suatu hari nanti , aku juga akan ikut atuk :') .


Kalau masa boleh patah balik , aku nak buat semua benda yang aku boleh bahagiakan dorang . aku nak tengok dorang senyum sebab aku , aku nak tengok airmata yang mengalir tu airmata bahagia bukan kesedihan . tapi siapa aku . aku hanya hamba yang takpernah tinggal buat dosa  . hm . tawakal , redha , sabar dan doa je aku mampu :') . sedekahkan Al-Fatihah buat Atuk :') . Al-Fatihah :') . semoga roh atuk d cucuri rahmat :') . Amin :')

04 June 2014

throwback 11/12/13

Assalammualaikum . 

tarikh tu tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila bila . haa kenapaa kenapa takkan kau lupa ? :0 rileks . tarikh tu tmengingatkan aku kepada satu peristiwa penting . (penting beb) . tarikh tu juga tarikh perkahwinan rozita che wan dengan zain saidin . hahaha . okay ah aku cerita .

................................................................................................................................................

aku dah lama ada gastrik . korang tahu kan gastrik macam mana ? haa gastrik ni bila kita takmakan tepat pada masanyaa or kauorang nak diet ke apa . okay aku bukan nak diet . gilaa ke apaa , badan aku dah keding ni nak diet lagi ka ? ya Allah aku takpernah terfikir pun . aku just terfikir aku nak gemuk .yeah gemuk . abaikan tuuu .  gastrik ni bahaya juga sakit dia . sakit yang teramat sakit dan boleh terus sakit sampai ke penghujung nyawa korang . hush bahaya bahaya . Gastrik juga punca kita boleh dapat appendix . weh appendix memang berbahaya tahap gaban  .  kalau dibiarkan appendix tu membesar dan pecah . Ya Allah macam macam penyakit boleh kena like masalah rahim bila kau dah kahwin nanti . hm .  okay aku salah sorang pesakit yang kena appendix . but aku punya appendix tu alhamdulillah sehari sebelum terlambat .  if haritu doktor tu tak bedah aku . hm aku taktahu laa apaa akan jadi dengan diri aku .

.................................................................................................................................................

time tu aku lepas makan nasi tengah hari ke pagi ntah ah dah lupa . aku makan ulam apaa ntah , then tiba tiba lepas beberapa minit aku mengadu kesakitan yang teramat . bape kali aku pergi tandas . sebab  sakit gilaaa perut . (tolong jangan gelak , serious ni :3)  .then ibu bagi aku macam macam ubat sruh makan . dah makan ubat , letak minyak panas pun tak menjadi . sakit semakin sakit  . petang tu , aku dah menangis kesakitan , then ibu decide snak bawa aku pergi jumpa doktor , okay ah pergi klinik . bila sampai klinik , menunggu turn aku .... lepas dah dipanggil , macam biasa doktor tanya sakit apaa , aku pun terangkan lahh . and dia check ah , tepuk tepuk sikit perut aku ( macam kita ketuk buah tembikai tuu & nasib doktor perempuan india) then bila part belah kanan dia tepuk pergh menangis aku . doktor tu sruh aku angkat kaki belah kanan , aku angkat pergh kauu sakit gilaaaaa :'( . dia trus cakap dengan ibu yang kemungkinan aku suspect appendix . but dia takberani ah nak buat kenyataan pasal tu . dia kata dia nak refer aku trus pergi hospital . okay ah , ibu kata dia nak refer hospital sunway medical centre ( ibu kerja sunway ) . lepastu doktor tu bagi ah surat semuaa and balik rumah . hm , doktor tu best , dia layan aku macam kawan dia .  dan bila sampai rumah , amik barang barang untuk d bawa g hospital . hm menangis dah aku time uh sebab ibu kata mesti kena operate takpun kena tahan duduk ward . huh .

............................................................................................................................................................

Bila sampai sunway , terus pergi emergency . then check ah apaa yang patut d check . hm lamaa pulak uh , ramai gilaa orang . pastu aku dengan suhana ( adik) jalan jalan laa dulu dalam hospital uh beli makanan semuaa . time tu dah start sakit gilaaa . but tahan semuaa . lepas dah dapat keputusan darah semua , doktor kata aku kena tahan dekat ward sampai doktor yang akan rawat aku tu sampai . then ad nurse lelaki masukkan air , amik darah semua . serious sakit gilaa bilaa masukkan air . thiss :'(


                                      




lepas masukkan air , aku masuk ward . duduak ah ward yang ada dua orang je satu bilik uh . then , doktor  (lelaki melayu ) sampai and check ah . dia minta izin nak pegang perut , nak tekan sikit . then dia kata malam ni juga kena buat operate sebab takut dia pecah . hm then ayah pun kena sign semua benda . lepastu , nurse pun datang nak tukar pakaian ot . alaaa nak masuk bilik operation kena pakai tutup kepalaa semua uh . mula ah hati aku gundah gulana . air mata bercucuran , and dalam kepala aku hanya fikir aku kena kuat dan sabar . aku takkan mati ( terpengaruh dengan tv , ye ah operate je meninggal ) memang aku tktahu nak cakap perasaan aku time uh . lepastu nurse bawa aku masuk operation . ibu sempat lagi amik gambar aku -.- . dah ah time uh aku tengah takut gila .




                                           

.......................................................................................................................................................


pembedahan aku dalam dua jam lebih aku rasa . aku dibius dan taksedar apaa . sedar sedar je aku dah dekat luar bilik operation . aku tanya nurse " dah siap ke ?" nurse kata " dah siap lama , dik :) . nak panggil ibu ke ? " aku kata , "nak " . ibu pun datang . nurse tanya aku lagi " nak tengok tak benda tuu ? " aku cakap "taknak" nurse kata " rugi tau , sekali seumur hidup je adik dapat tengok "  nurse tu pun apa lagi tunjuk ah . Ya Allah besar gila . dia dah jadi bengkak . bape cm tu . em jap nak ingat balik . tup tap tup tap . aku rasa 5cm kot . kot yaa . serious ah menakutkan . pastu aku terlena lagi sebabkan ubat bius takhabis  lagi . malam tu aku takboleh makan . minum air masak (air kosong) je . aku asyik muntah je . bila muntah , batuk , gelak memang sakit . sakit yang teramat . hm tak lena ibu aku tdur time tu . bila ibu tdur dan aku terjaga . aku tengok je ibu dan airmata nak mengalir . kesian ibu . hm pengorbanan seorang ibu besar  :') . one day kalau d beri peluang , aku akan jadi seorang ibu dan rasa semua tu :') . aku duduk ward selama 3 hari 2 malam . best ah . family je melawat . hari kedua ibu takboleh teman . aku sendiri , tak takut pun best lagi ada ah . haha nurse semua lawa , baik . then hari ketiga balik rumah :D . tapiii kena pantang makan . argh benci . semua takboleh makan :3 . lepas beberapa minggu aku kena jumpa doktor buat check up . finally , now aku dah sihat . alhamdulillah :) . dah 6 bulan ia berlalu :)

03 June 2014

Life .

Assalammualaikum .



nowadays ramai breakoff dan alasannya tak munasabah . then antara salah seorang tu pasti akan down .  weh , aku nasihatkan janganlah down sebab kekasih korang tu ( ceh , macam kau tak down . keh keh keh )  yaa aku pun down . but cuba korang fikir balik , kalau korang down macam mana dengan life korang ? macam mana nak jadikan apa yang korang angan angan kan tu jadi kenyataan ?  cuba fikir balik . taksemestinya dia pergi , korang takkan dapat dah yang baik macam dia semua macam dia . kita semua taktahu apaa yang akan terjadi pada masa depan kita . entah buruk ke baik . dont worry yang baik pergi , yang lebih baik datang kepada kita :) . just move on and terus bersabar . Dan jangan lupa doa . DOA tu penting . Allah nak kita mengadu pada dia bilaa kita ditimpa musibah atau dugaan . Dugaan dan cubaan datangnya dari Allah . tiada masalah yang tidak dapat di selesaikan . Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi pada hamba-NYA . Allah tahu umat-NYA boleh atau tidak menjalani ujian itu . if kita rasa kita tak kuat , minta kekuatan dari-NYA . In sha Allah , semuanyaa boleh settle ;) .


.................................................................................................................................................

kita kena selalu fikir yang mungkin sekarang kita dapat makan , orang lain ntah dapat makan ke tak . kita juga kena fikir ujian yang Allah berikan kepada aku ni mungkin takseberat mana , mungkin ada lagi berat dugaan yang dorang hadapi .  kita kena sentiasa bersyukur . Pangkat atau darjat atau apaa sahaja itu langsung takmembezakan kita , bak kata orang ke kubur juga . yaa hidup kita sama je . ada pangkat or apaa pun , dorang hidup ada ujian juga daripada Allah . life kita macam roda . kejap baawah kejap atas . kejap happy , kejap sedih . itulah kehidupan kita d dunia . duani hanya sementara dan pinjaman untuk kita.  haa , menghukum pun bukan kerja kita . itu semua kerja ALLAH s.w.t (pergh jadi ustazah kejap . hahahah )

..................................................................................................................................................


pernah tak korang terfikir nak hidup macam dalam cerita dongeng ? aku pernah terfikir dan nak life macamtu . always happy and nak apaa semua dapat . gilaa kau sape taknak . nak iphone 5S , samsung S5 . haaa semua S laa . dapat je . bagi macamtu je . semua best laa aku boleh cakap ! tapi life macamtu takbest . sebab happy je . macam bosan je . langsung tak merasa duka perpisahan semuanyaa . tak rasa diuji . taktahu erti sabar semuanyaa , right ?  Ya Allah , Allah itu Maha Adil koranggg . dia bagi kita happy , sedih  . lengkap ! Alhamdulillah , bersyukur :) .

...........................................................................................................................................................

move on . kita hendaklah sentiasa move on . (pergh ayat kauuu . rojak ) . move on , dont turn back kisah lampau . past is past . let bygone be bygone . semuanyaa yang terjadi d bumi ni pasti ada hikmahnyaa . ingat tuuu ! Belajar untuk bersabar . berdoa . sentiasa taat dengan perintah DIA dan tinggalkan larangan-NYA . im sure guys , korang akan selamat dunia dan akhirat :) .

.............................................................................................................................................................

kita semua makhluknya , semua buat silap . dah tahu buat salah tu , kita kena minta ampun dariNYA . sentiasalah merendah diri . syukur dengan nikmat yang d beri . mybe kita takdapat apaa yang kita nak sekarang . bila kita berdoa nak dapat benda tu . In Sha Allah dimakbulkan doa korang . Allah tu taktdur korang . ingat tu :) . DIA sentiasa ada untuk hamba-NYA :) .


                                                              

02 June 2014

4 Sains Tulen

Assalammualaikum :)

next entry about my 4 Sains Tulen . im already sixteen years old . Eh ? no no no . birthday lambat lagi okay :3 . so , now your age 15years old and bla bla bla . hahaha . whatever -.- . masuk je tahun baru , aku telah dicalonkan ( ceh calon uh)  masuk kelas "pandai" sains katakan . hm aku mana lah pandai . result PMR pun bape je aku dapat . aip bersyukur lah insyi oii dari gagal . Alhamdulillah :) . aku dapat masuk pun sebabkan Sains aku A . dulu sains aku lah yang selalu failed dapat D ,C . jarang dapat A dengan B . dapat pun bila ujian 1 . yelah mana taknya , ujian satu kata kau. senang tahap abc . ceh :3 .Alhamdulillah lah :) . bak kata cikgu irma " kita kena rasa gagal dulu baru boleh berjaya dan gagal tu nikmat " haha . kata kata cikgu irma memang bagus . aku suka :) . takmembuat orang down bila dapat result failed , right ?

..............................................................................................................................................................


okay 4 Sains Tulen , pelajar dia kawan kawan aku juga . Alhamdulillah bersyukur sekali lagi sebab dapat bersama dengan dorang . dorang semua happy go lucky . kau cakaplah apaa pun kau nak cakap , semuanyaa terima dengan hati terbuka and takmudah terasa. masing masing ada bakat sendiri . kelas st pada mulanya ada 20 orang . then makin lama makin kurang sebab ramai masuk kolej vokasional . aku pun dapat juga tawaran kolej vokasional dekat kajang dan pada mulanya juga aku nak pergi but takdir telah tertulis yang aku akan tetap d sierramas . ada hikmahnya aku tolak tawaran tu . banyak tawaran aku dapat dekat sierramas bila aku tolak tawaran g kolej uh . contohnya tawaran pegang jawatan tinggi dalam lembaga pengawas , masuk kelas st dan macam macam ah . Alhamdulillah . see betul lah "apaa yang berlaku ,  pasti ada hikmahnyaa " kita patutlah bersyukur dengan apaa yang Allah bagi kita :) . mungkin kadang kadang kita kena pilih . dan sebelum memilih tu kita kena fikir baik buruk tentang pilihan kita .  apa yang kita dpaat if kita pilih pilihan pertama , apa yang kita akan hadapi nanti . macam macam ah .

..................................................................................................................................................

SAINS TULEN

kelas yang ceria bagi aku . macam macam kerenah yang ada dalam kelas tu . perangai masing masing childish . haha . kalau sehari tak gelak taksah . Budin , Imad , Mizan dorang bujang lapok laa aku boleh cakap , dorang memang pandai cari punchline untuk buat orang ketawa . taksah juga kalau tak kenakan orang dalam satu haritu . cikgu cikgu pun terbaik . boleh d katakan cikgu yang masuk kelas aku tu semuanyaa pregnant -.- . cikgu addmath ,  cikgu fizik hm sape nak ajar kitaorang subjek tu kalau dorang bersalin nanti . huaaa :'( . u're the best teacher . we dont need any teacher to replace your place . k broken english mybe . bia ar *sigh . kelas yang bawa subjek yang gilaaa , nak mati , banyak stress and banyak ahhhhh . "berat mata memandang , berat lagi bahu memikul " hm like that ah  .



06 December 2013

holidayyyy



                                          

Assalammualaikum :)


Cuti sekolah sudah tibaa yoo ! Oi cuti sekolahh dah lama tiba lahh . opps :O . Hm ramai yang pergi bercutii . Wahh bestnyaa :( . hm . N takpergi mana punn . wuhaaa :'/ . Ibu hm susah dapatt cuti . Bila dah cuti takde pulak peluang nak pergi atas sebab tertentu :/ . sedihh ohh . Baru berangan dengan suhana tahun ni lah rasa Freedom yoo . sebab Along habis SPM . N habis PMR . Suhana habis UPSR . So , kitaorang rasa nak enjoy ah sikit . tapii peluang tak menyebelahi kita . hm hm :( . takpelah one day pasti peluang itu tiba kembali :) .

Cuti Sekolah pun dah tiba . jadi bibiklah nampaknyaa dekatt rumah ni .  haha . Masak , kemas rumah n semua . perh , itulah exercise . takkan nak tdur , duduk tgk tv je lepas makan . kumpul lemak namanyaa . haha . em , tahun ni dramaa dekat tv3 untuk cuti sekolahh takbanyak . takbestt betull . nasib ar ada internet boleh online . haha .

cousin N ada sini . woo memang best ah kann . riuh sikit . dia banyak cerita pasal dunia Universiti . pasal aliran apaa nak amik time form4 . hm hm . Aliran Form 4 ? er er result punn tak keluar lagi dah nak fikir pasal aliran :3 . tapi ada betulnyaa cousin N cakap fikir dulu . Iyelah takkan kita nak ikut orang amik apa kan  . so kita kena fikir apa yang kita nak dalam hidup kita . dan apa yang kita nak kerja nanti . wow haha memang panjang dia punyaa cerita . N punn dah fikir nak amik aliran apaa but tengok result dulu ah .
Dulu minat akaun dan nak jadi akauntan . but sekarang semua dah berubah . rasa nak amik sains ikhtisas dan nak jadi Doktor Pakar Kanak Kanak . haha . InsyaAllah . semoga Allah kabulkan doa N :') .

Now dah bulan 12 . tinggal beberapa minggu lagi nak bukak sekolah :3 .. hm :/ . terasa cuti kali ni nak cepatt je bukak sekolah sebab terasa lama sangatt dah cuti . Rindu kawan kawan . Rindu nak berceloteh ( bergelak ketawa )  dengan dorang . But ramai pindahh tahun depann :3

okay sampai disini sahaja coretan N buat kali ini :) . semoga cuti kali ini cuti yang best :) . bye :)

15 October 2013

PMR

Assalammualaikum .
                                          
Budak PMR :

PMR ? haa yeahh . PMR  telahpun tamat pada 8 oktober pada tahun 2013 . pmr yang terakhir buat semua batch 1998 . Jyeah semestinya batch N . haha . PMR tahun ni hm susa ? senang ? boleh ? .. N rasa no comment . haha . semua jawapan uh ada dalam exam uh . hari mula mula PMR rasa err nak campak je kertas uh dalm tong sampahh . huh :3 . keluar soalan form2 . takadil kot , tahun lepas dah keluar form 2 :3 . tapii apalah kuasa kita nak marah orang tu . itu dah kerja dia untuk buat soalan kan . haha .

hari last PMR  , paper math dan khb :3 . Serious ar takcukup masa dibuatnyaa paper 1 math :3 . Ramai hentam sebab takcukup masa  dan kiraan termasuk N . hee . Ingat senang ke math paper 1 :3 . Bagi N paper 2 senang sikit dari paper 1 . hm stress stress cakap pasal paper ni :3 . Hope result PMR dapat menggembirakan hati ibu dan ayahdan jugak semua orang . Aminn :') .

Budak Lepasan PMR :

Haha memang happy sesangat lahh kan . semua dah lepas . Hm . buku teks pun dah hantar . nak buat apa lagi kan . Novel ! yeahh . itu yang N buat lepas PMR . N pinjam novel dari maksu ,ouch ! maksu memang banyak novel . N pinjam cerita Hikayat Cinta Si Pematah Hati hasil karya E-Man Sufi . Kisah dia memang bestt . memberi kesan yang positif buat diri N .

Sekolahh buat banyak aktiviti lepas PMR ni . Ingatkan takda aktiviti or apa pun . sekali hak amik . banyak gilaa . FULL ! My Talent , Simulasi Penyembelihan Ayam , Perlawanan Bola Jaring dan banyak lagi ah . Mybe Bestt . ceh mybe :p . memang pun sebab takdelah bosan sangat datang sekolah kan ? My Talent , cikgu rosziyanie kata mungkin nanti Syafie Naswip datang if dia takda shooting . hope dia datang . aminn >< . Kitaorang semua dahh happy dahh dengar dia nak datang . haha .

N rasa setakat ini sahaja coretan buat kali ini . Jumpa lagi . bye :) . Assalammualaikum :)

17 June 2013

Happy Friendship's Day

Assalammualaikum :)

               

           

okay , sebelum pape , N ucapkan Happy Friendship's Day to my bestfriends  and others . Kawan ? Orang yang kita perlukan dalam hidup kitaa selepas Family . Tempat kita bertukar cerita , tempat kitaa menyimpan rahsia and semuanyaa . Sewaktu kecil kita dibesarkan dengan seorang kawan tak kisahlah lelaki ke perempuan , main bersama-sama , berkongsi mainan dan semuanya kan ? i miss it so much :'/ .

 Biarlah kawan kita uh baik ke nakal ke apa ke , dia tetap kawan kita . Kita sahaja yang tahu perangai sebenar dia . Biarlah orang judge dia macam mana sekali pun . Tapii jangan kita judge kawan baik kitaa sendiri . Kawan baik kitaa ialah tempat kita mengadu tentang pelajaran , sekolah and lain . Dia jugaa mampu tolong kita ketika kita susah  . Dan dia ada ketika kita senang :) .

Kawan yang baik akan membantu kawannya sendiri untuk berubah atau mengubah sikap kawannya itu ke arah kebaikan . Jika kita ingin masuk syurga bersama kawan baik kita . Sama-sama lah kita tolong dia atau menegur dia ketika dia melakukan kesilapan .  . Tidak salah kita membantu rakan kita untuk  mengajak dia bersama-sama kita masuk ke syurga kan ?  :'')

Kawan jugaa menghiburkan kitaa semasa kita sedih . Dia lah banyak memberi kita nasihat bermacam-macam benda . Tanpaa kita sedar kawan juga penting dalam hidup kita  :') . Tempatt kita bergelak tawa dengan  Diaorang .  N sayang kawan-kawan N yang gila-gilaa uh . Mahupun ada yang berjauh dengan N , N still ingat dorang :") . Alhamdulillah , N still contact dengan dorang :') . N harap persahbatan kita akn terjalin hingga akhir hayat and until Jannah :')  , InsyaAllah :")

p/s : Hargailah Kawan Baik anda selagi dia ada di sisi anda :')

#TakeANote :')                         tata :)

16 June 2013

Cikgu Rahimah

Assalammualaikum :)

                               


                           
                           
                                                         Cikgu Rahimah Binti Mahmod


Haa Cikgu ni cikgu bm N . Dia cikgu yang N suka & sayang . Muka dia ada jiwa keibuan en ? dia memang baik , penyabar and semua ar . N sukaa tengok dia mengajar . TIP TOP gituu :) . Lepas uh , ramai lahh panggil dia cikgu awet muda . haha . Umur dia dlam 37 hingga 43 kot . N takberapa tau sangat umur dia .

Diaa cikgu yang perianglahh jugakk . tapii sejak akhir-akhir ni dia kurang happy n semuanya . Datang sekolah muka dia pucat sangat-sangat :/ . Cikgu Armi (cikgu disiplin /psv) kata Cikgu Rahimah masuk icu time cuti 2minggu bulan 6 ari tu . sebab muntah sampai keluar darah hitam :O . Ya Allah , N taksanggup tgk dia masuk kelas  . Kesiann sangat - sangat . Budak - budak kelas N lebih rela dia takdatang & berehat di rumah . Bukan kitaorang taksuka dia datang sekolah , suka tu suka . tapi kalau Cikgu dah sakit takkan nak paksa Cikgu mengajar kot .

Selalunyaa Cikgu Rahimah akan bawa beg sandang untuk ke kelas . tapii sekarang dia dah taklarat , sampai pelajar yang menolongnya :/ . Muka dia sentiasa pucat lesu sekarang :/ . Bolehh di katakan besar pengorbanannya dekat kitaorang semuaa . Diaa sanggup datang sekolah even tengah sakit :/ .

"Ya Allah , semoga Engkau dapat membalas jasa Cikgu Rahimah dan sembuhkanlah dia daripada penyakitnya :'( .


                                                                Tata :')