27 June 2014

full of tired and sadness

Assalammualaikum

Minggu ni aku takbanyak datang sekolah . isnin aku takdatang sebab kaki aku sakit , suara takde . aku pun pelik , benda aku tak masuk pun lari  tapi kaki aku sakit macam orang lari beribu beribu kilometer pulak . eceh . then , selasa aku datang , selasa tu dorang kata ada jamuan kasawari dengan belatuk . pergh memang best ah . makan kfc wuu . padahal isnin malam selaasa tu aku dah makan kfc dah dengan family :3 . its okay lah kann .

 aku taktahu kenapa pagi selasa tu aku rasa malas gila nak sekolah but aku kena g , isnin dah ah takdatang . takkan taknak datang lagi . haih . dengan malasnya aku pergi ah . belajar macam biasa . petang tu aku , mira , qilah , wanie , azhar , hazim cadang nak stay nak buat fizik . i mean preparation for presentation fizik . then lepas pergi jamuan rumah sukan , kitaorang plan nak beli domino wuu . tapi alangkah sayangnyaa aku takdapat join . aku terpaksa balik .

masa aku tengah sedap sedap kupas kacang cap tangan untuk d makan , afifi panggil aku . dia kata bob (sepupu) ajak balik . terkejut jugak aku , asal pulak dia ni ajak balik . aku dah bagitahu nenek dengan ibu yang aku balik petang . aku pun tanya ah afifi , kenapa pulak . afifi kata atok kau meninggal . haaaa !? terkejut aku bilaa dengar afifi cakap macamtu . malas mlas langkah aku pergi tanya bob tu . ceh ayat . then , airmata aku mengalir tanpaku sedari . pergh bm kauu . A+ . Ya Allah . now i dont have grandpa :') . arwah atuk belah ayah dah lama . bukan happy tapi alhamdulillah sakit yang dia hadapi dah takde . tidak mampu untuk kami semua melihat dia derita lagi . ada hikmahnya kenapa Allah itu lebih sayangkan Atuk . atuk pergi tinggalkan semua orang lepas azan zohor berkumandang . umur dia 101 . Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya :') . lepastu , pergi amik suhana , then balik rumah and siap siap untuk balik kampung . sampai je kampung , kitaorang tak terus pergi rumah . sebab  pakwan kata atuk dah nak d kebumikan lepas solat asar . memang kitaorang tepat tepat smpai atuk dah naik van nak pergi kebumikan . ya Allah sebak aku tengok ayah . kitaorang  dah laa jarang gilaa balik atas sebab tertentu .now atuk dah takde . cepat betul perkebumian atuk d jalankan . taksempat anak anak nya yang lain sampai . Yang pergi takkan kembali , yang hidup kena teruskan . ini semua dugaan dari Allah s.w.t . kita kena redha dengan  pemergiannya . Alfatihah .


Aku balik kampung 2hari 1malam je . esoknya balik . sebab kitaorang sekolah , ya Allah , bila pergi sekolah hari khamis uh . badmood berpanjangan aku . sebab penat gila gila . takpernah aku rasa macamtu . diam je aku dekat kelas . tak happy macam selalu . hm , then lama lama baru aku bercakap sikit sikit . minggu yang penuh dengan dugaan . tabahkanlah hati aku untuk mengharungi semua ini , ya Allah . teringat pula kata kata opah . opah balik kampung sekejap nak tengok rumah dia , then dia balik rumah makcik aku , time tu dia kata dekat semua anak anak dan cucu dia  " ayah kamu taknak balik , dia nak duduk selamanyaa dekat situ" menitik air mata opah . sedihnyaaa aku dengar . hm . thats all .