28 August 2014

Eid Mubarak

Assalammualaikum .

wahai rakyat beta sekalian , pergh beta beb . sejak bila aku dapat gelaran "BETA" . ish ish . abaikan punchline takjadi aku tuu . huh . aku tahu raya dah habis , takpayahlah kecoh kecoh kann . aritu aku takdapat nak update entry blog aku ni . so , now aku nak update cerita psal raya aku . before aku teruskan cerita aku .

 SELAMAT HARI RAYA , AWAK :) . Maafkan segala salah silap saya selama kita berkenalan dan selama saya menulis di blog ini . 

cerita aku di hari raya 2014 ... haa jeng jeng , takde ah seronok mana macam raya korang . but Alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ni . tahun ni macam biasa aku akan balik kampung belah ayah aku  . dekat mana ? eh sabarlah , ish . sabarkan separuh daripada iman ! dekat Perak je . dekat je punnn . aku balik Perak sehari sebelum hari raya menjelang tiba . Tahun ni raya hm agak sedih . bukan agak tapi memang kenyataan . haa .. sebab atuk (belah ayah) telahpun meninggalkan kami . Allah lebih sayangkan dia :) . suatu hari kita pun akan meninggalkan bumi yang penuh dengan fantasi ini . wahh kata kata aku . okay okay sambung ...aritu hari last puasa kan ? so dengan kesempatan yang ada , aku dengan ibu ayah suhana qilah  (semua aku nak mention , padahal boleh je cakap family )  pergilah bazaar ramadhan dekat area kampung aku tuu . banyak juga juadah yang d jual . selalunyaa dah kurang kan ? mungkin peniaga tu bersemangat kot . biarlah dia cari rezeki , kau susah kenapa ? -.- . macam macam benda aku rasa nak beli . paling aku takboleh tahan uh tengok roti john . pergh kau macam sedap je time uh  maklumlah puasa , tengok apaa je semua nak . tak gitu  ? hahaha . sayangnyaa , aku takdapat beli sebab ramai sangat orang dan masa dah suntuk gilaa . dengan perasaan kecewa aku pun berundur diri dan balik :( . hm takde rezeki weh nak merasa roti john uh . memang kecewa tahap infinity ah . sampai rumah get ready untuk berbuka ....

Alhamdulillah selesai sudah kita menjalani ibadah puasa d bulan Ramadhan tahun 2014 :) . Malam tuu get ready gosok baju semua . takut nanti pagi berebut plug / iron  nak gosok baju . so better prepare awal awal en :) .  malam raya tuu semua orang taktenang especially lelaki  sebab nak main mercun kannnn. berdentum dentum mercun . Menggangu ketentangan tok imam nak takbir raya betul :3  . aku nak tengok tv pun taksenang . bising gila . berlawan lawan bunyi dia  -.- .

tibalah hari yang ditunggu -tunggu oleh umat Islam menyambutnyaa selepas kita berpuasa . Syawal . Pagi tuu macam biasa ah siap siap , yang lelaki pergi masjid solat Hari Raya Aidilfitri . yang perempuan siap siap dekat rumah lepastu tolong mak dekat dapur kann . tolong ke ? -.- . eh aku tolong okay . kau takpercaya g tanya ibu aku ah . huh . lepas semua balik dari solat Hari Raya  , makan makan , then sesi minta maaf antara satu sama lain :)  .  then wuuu kutip duit raya ah dari makcik pakcik , pakngah , makngah , paklong , maklong dan sebagainyaaa ~ aku fikirkan budak kecik dapat banyak but zaman dah berubah . budak yang dah masuk U DAPAT BANYAK  :3 . budak sekolah menengah hm sikit sikit je laa . pe benda ni , takadil ohh . sabar je lah . tunggu ah aku habis sekolah nanti , memang menadah je minta . hahaha teruknyaaa perangai :3 . takde maknanyaa laaa aku nak buat macamtu . bersyukur lah dengan apaa yang ada . ada orang nak bagi pun Alhamdulillah tahu tak . Raya first semua sibuk nak amik gambar sama sama laaa apaaa laa tapii situasi tu berbeza dengan aku . langsung takde gap nak amik gambar bersama sebab ramai sangat orang datang huu . maklumlah raya pertama . kunjug berkunjungan kannn . aiyoo maa paa . pe benda india pulak -.- . 1 Malaysia weh . kau ni punn . sibuk dekat dapur je aku . Anak dara mesti ah duduk dapur . kan kan kan ? kang duduk depan orang kata pemalas pulaa , tapi dah duduk dapur tuu kena ah tolong . tolong ikhlas bukan sebab terpaksa or what . okay ? good .  masa berganti masa , raya pertama telahpun melabuhkan tirainyaa . Raya pertama busy gilaa woo . have fun juga laa

Raya kedua balik rumah belah ibu .  pergh first time raya tahun ni semua adik beradik ibu berkumpul sekali . lengkap  cicit ,  cucu cucu , anak anak , cumaaa ... hm Atuk je takde :') . kalau dia ada confirm lagi meriah . hm yang pergi tetap pergi . kan ? yang hidup kena teruskan hidup . tahun ni meriah jugalah . daapt berkumpul sama sama , pergi rumah sedara raya sama sama . wahhh  gembira sangat . Alhamdulillah . there are a lot of memories that we created together . Syukran jazillan , Ya Allah . alhamdulillah atas nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami sekeluarga  . Amin Ya Rabb .

Aku rasa dah terlalu panjang cerita aku . nanti termuntah pula nak baca , kann :3 . aku akhirkan entri kali ini dengan satu gambar family aku yang aku dapat tangkap even  aku terpaksa collage kan dia . Aishiteru , Family .


muka abang aku takready lagi tuuu . kesian diaa . ish ish . Haahahahaha . bye ! 

29 June 2014

first day of ramadhan

Assalammualaikum .

macam mana puasa korang ? okay ? semuanyaa dah tentu okayy , right ? panas tu biasalah dugaan buat kita semua . ada negeri , tempatnyaa hujan dan kering kontang . bersyukurlah kita . sudah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini . dalam alquran juga ada tertulis :

"wahai orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu , agar kamu bertakwa" - Al-Baqarah : 183


Bulan Ramadhan ialan bulan yang mulia buat umat islam sekalian . Bulan d mana kita dapat mengumpul pahala berlipat ganda dari sebelum ni . Bulan ini juga berlakunya penurunan Al-Quran sebagai petujuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan antara yang hak dan batil .

Semoga bulan yang penuh dengan kemuliaan ini kita dapat menjalaninyaa dengan tabah dan sabar dengan segala dugaan yang diberikan kepada kita kelak :) . Aminn :)

................................................................................................................................................

haa bulan ramadhan ni dugaan punyalah banyak . dengan iklan biskut raya dekat tv laaa , adik adik minum depan kita laa kann . bila nampak dorang tayang tu haa rasa nak bagi pecah je tv uh . eh eh kauu senang senang je nak pecahkan tv , mak ayah kau punya susah kumpul duit nak belikan tv untuk kau , yang kau senang senang nak pecah . inagt 2 RM1 ke tv uh ? Zaman dulu ye ah murah . sekarang ni mahal . ber-inci inci pulak uh . nipis tebal semua ada . haih canggih betul teknologi sekarang . eh dah dah laa tu cik nadia oii . membebel je kau ni . kalau adik adik kita minum dan makan depan kita tu ee ya Allah geramnyaa lah . apatah lagi dia menayang nayang . haih sabar je lah . nasib baik adik en ? kalau bukan ntah apa jadi budak tu . hahaha . bukan tv dengan adik adik je buat kerja tu . twitter pun sama . food porn . haiyaaaa , ramai bebenor nak retweet dengan favourite nyaa . sabarlah wahai saudara dan saudari . tu semua dugaan buat kita . lagipun puasa tahun ni 29hari sahaja . now lagi 28 hari . sekejap je tu . dont always counting a days . when u always counts it will be very slow . apaaa aku merepek ni . arghhhh! tingkatkan bi ada , tolonglah faham ! maksud aku tu , jangan selalu sangat mengira hari sebab nanti bila korang korang kira hari , korang akan rasa lambat gilaa nak raya . like that . takpercaya ? cuba ah . taksalah kita nak kira hari :) . just aku bagi tips sape yang terasa lama gilaa nak raya uh .

Siapa taknak raya oiii , semua orang nak . duit rayaa yang utamanyaa . hahaha , kuih raya , baju rayaaaa . semuaa benda ahhh ! bestnyaaaaa . err , rilek rileks baru first day ramadhan :3 . dah fikir rayaa . haiyaa . perbanyakkan amalan sunat d bulan yang penuh barakah ini . always be positive . baca alquran ! tutup aurat kita bagi yang perempuan  :) .

"setitik peluh wanita jatuh kerana menjaga auratnyaa , itu di kira pahala."  SubhannAllah :). Allahuakhbar

semoga amalan kita d bulan puasa ini diterima oleh-NYA . Amin Ya Rabb :)