Assalammualaikum .
wahai rakyat beta sekalian , pergh beta beb . sejak bila aku dapat gelaran "BETA" . ish ish . abaikan punchline takjadi aku tuu . huh . aku tahu raya dah habis , takpayahlah kecoh kecoh kann . aritu aku takdapat nak update entry blog aku ni . so , now aku nak update cerita psal raya aku . before aku teruskan cerita aku .
SELAMAT HARI RAYA , AWAK :) . Maafkan segala salah silap saya selama kita berkenalan dan selama saya menulis di blog ini .
cerita aku di hari raya 2014 ... haa jeng jeng , takde ah seronok mana macam raya korang . but Alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ni . tahun ni macam biasa aku akan balik kampung belah ayah aku . dekat mana ? eh sabarlah , ish . sabarkan separuh daripada iman ! dekat Perak je . dekat je punnn . aku balik Perak sehari sebelum hari raya menjelang tiba . Tahun ni raya hm agak sedih . bukan agak tapi memang kenyataan . haa .. sebab atuk (belah ayah) telahpun meninggalkan kami . Allah lebih sayangkan dia :) . suatu hari kita pun akan meninggalkan bumi yang penuh dengan fantasi ini . wahh kata kata aku . okay okay sambung ...aritu hari last puasa kan ? so dengan kesempatan yang ada , aku dengan ibu ayah suhana qilah (semua aku nak mention , padahal boleh je cakap family ) pergilah bazaar ramadhan dekat area kampung aku tuu . banyak juga juadah yang d jual . selalunyaa dah kurang kan ? mungkin peniaga tu bersemangat kot . biarlah dia cari rezeki , kau susah kenapa ? -.- . macam macam benda aku rasa nak beli . paling aku takboleh tahan uh tengok roti john . pergh kau macam sedap je time uh maklumlah puasa , tengok apaa je semua nak . tak gitu ? hahaha . sayangnyaa , aku takdapat beli sebab ramai sangat orang dan masa dah suntuk gilaa . dengan perasaan kecewa aku pun berundur diri dan balik :( . hm takde rezeki weh nak merasa roti john uh . memang kecewa tahap infinity ah . sampai rumah get ready untuk berbuka ....
Alhamdulillah selesai sudah kita menjalani ibadah puasa d bulan Ramadhan tahun 2014 :) . Malam tuu get ready gosok baju semua . takut nanti pagi berebut plug / iron nak gosok baju . so better prepare awal awal en :) . malam raya tuu semua orang taktenang especially lelaki sebab nak main mercun kannnn. berdentum dentum mercun . Menggangu ketentangan tok imam nak takbir raya betul :3 . aku nak tengok tv pun taksenang . bising gila . berlawan lawan bunyi dia -.- .
tibalah hari yang ditunggu -tunggu oleh umat Islam menyambutnyaa selepas kita berpuasa . Syawal . Pagi tuu macam biasa ah siap siap , yang lelaki pergi masjid solat Hari Raya Aidilfitri . yang perempuan siap siap dekat rumah lepastu tolong mak dekat dapur kann . tolong ke ? -.- . eh aku tolong okay . kau takpercaya g tanya ibu aku ah . huh . lepas semua balik dari solat Hari Raya , makan makan , then sesi minta maaf antara satu sama lain :) . then wuuu kutip duit raya ah dari makcik pakcik , pakngah , makngah , paklong , maklong dan sebagainyaaa ~ aku fikirkan budak kecik dapat banyak but zaman dah berubah . budak yang dah masuk U DAPAT BANYAK :3 . budak sekolah menengah hm sikit sikit je laa . pe benda ni , takadil ohh . sabar je lah . tunggu ah aku habis sekolah nanti , memang menadah je minta . hahaha teruknyaaa perangai :3 . takde maknanyaa laaa aku nak buat macamtu . bersyukur lah dengan apaa yang ada . ada orang nak bagi pun Alhamdulillah tahu tak . Raya first semua sibuk nak amik gambar sama sama laaa apaaa laa tapii situasi tu berbeza dengan aku . langsung takde gap nak amik gambar bersama sebab ramai sangat orang datang huu . maklumlah raya pertama . kunjug berkunjungan kannn . aiyoo maa paa . pe benda india pulak -.- . 1 Malaysia weh . kau ni punn . sibuk dekat dapur je aku . Anak dara mesti ah duduk dapur . kan kan kan ? kang duduk depan orang kata pemalas pulaa , tapi dah duduk dapur tuu kena ah tolong . tolong ikhlas bukan sebab terpaksa or what . okay ? good . masa berganti masa , raya pertama telahpun melabuhkan tirainyaa . Raya pertama busy gilaa woo . have fun juga laa
Raya kedua balik rumah belah ibu . pergh first time raya tahun ni semua adik beradik ibu berkumpul sekali . lengkap cicit , cucu cucu , anak anak , cumaaa ... hm Atuk je takde :') . kalau dia ada confirm lagi meriah . hm yang pergi tetap pergi . kan ? yang hidup kena teruskan hidup . tahun ni meriah jugalah . daapt berkumpul sama sama , pergi rumah sedara raya sama sama . wahhh gembira sangat . Alhamdulillah . there are a lot of memories that we created together . Syukran jazillan , Ya Allah . alhamdulillah atas nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami sekeluarga . Amin Ya Rabb .
Aku rasa dah terlalu panjang cerita aku . nanti termuntah pula nak baca , kann :3 . aku akhirkan entri kali ini dengan satu gambar family aku yang aku dapat tangkap even aku terpaksa collage kan dia . Aishiteru , Family .